Ringkasan Minggu Lepas: Kawalan kewangan hangat diperkatakan, Mastodon mula mendapat tempat dalam kalangan pengguna media sosial

Cara Menghemat Uang Setiap Hari dengan Benar

Sorotan dari perkara-perkara terbesar di dunia kripto minggu lepas, merangkumi dari berita-berita penting, angka dan peristiwa dalam industri yang dipaparkan dalam bentuk ringkas namun padat. 

Berita terbesar minggu lepas

Chapter 11 menyelar kekurangan kawalan korporat

  • John Ray III, individu yang bertanggungjawab bagi FTX semasa prosiding kemuflisan sedang berjalan, isu pecah amanah dalam kes FTX adalah “satu kes yang tidak pernah berlaku sebelum ini”.
  • “Saya tidak pernah melihat kegagalan kawalan korporat seteruk ini dan ketiadaan terus kepercayaan dalam maklumat kewangan,” katanya ketika sesi pemfailan mahkamah.
  • Luno sentiasa mengutamakan pematuhan kawal selia dalam pendekatannya terhadap kripto. Kami terus memberikan fokus yang besar dalam menjadi platform kripto berlesen dan paling patuh kawal selia di seluruh dunia kerana kami percaya ini adalah pendekatan terbaik dalam memastikan keselamatan pelanggan kami.

Emurgo akan melancarkan stablecoin pada rantaian blok Cardano pada tahun depan

  • Emurgo, pengasas entiti rangkaian blok Cardano, mengumumkan rancangannya untuk melancarkan stablecoin yang ditambat dengan USD — dipanggil USDA pada tahun depan.
  • “Pengenalan stablecoin yang disandarkan dengan matawang fiat sepenuhnya dan patuh kawal selia ialah langkah seterusnya untuk masa depan komuniti kami,” kata Pengarah Urusan Emurgo Fintech, Vineeth Bhuvanagiri kepada Coindesk.
  •  Nilai matawang kripto lain biasanya dikira berdasarkan berapa banyak pembelian dan penjualan yang berlaku dalam satu tempoh masa. Bagi stablecoin pula, ia biasanya berkaitan dengan harga matawang rizab seperti Dollar AS.

Circle telah menyepadukan USDC dengan Apple Pay

  • Circle melihat penyepaduan ini mendekatkan ruang di antara aktiviti runcit tradisional dan matawang kripto .
  • “Perniagaan tradisional juga boleh mendapat manfaat dari penukaran pembayaran runcit ke matawang kripto dan USDC,” menurut Circle ketika ditemubual dalam sidang media.

Adakah era media sosial tidak berpusat sudah bermula?

  • Mastodon, media sosial yang sama seperti Twitter tetapi bersifat tidak berpusat, melihat pertambahan pengguna yang tinggi pada minggu lepas berikutan dari kemelut yang berlaku di Twitter HQ.
  • Platform media sosial tidak berpusat itu kini mencatatkan 322,000 muat turun baru dari App Store dalam tempoh 12 hari selepas pemilikan Twitter oleh Elon Musk — 100 kali lebih tinggi dari 12 hari sebelumnya.
  • Mastodon tidak beroperasi sebagai syarikat untuk keuntungan. Salah satu ciri utama dalam platform itu adalah suapan (feed) pada halamannya tidak dijana oleh algoritma, yang biasanya digunakan untuk memaksimumkan interaksi pengguna.

Bacaan panjang

Perubahan pada Dompet Savings Luno

Apa itu pembuktian rizab dan mengapa Luno menerbitkan laporannya setiap suku tahunan? Semak bagaimana pendekatan telus dan jangka masa panjang Luno memberi kesan kepada pelanggan kami 👉 di sini.


Crunching the numbers

763,919 – Blok pada rantaian blok Bitcoin ketika artikel ini ditulis

2,000 – Anggaran jumlah transaksi yang boleh dimuatkan dalam satu blok pada rantaian blok Bitcoin. Setiap blok boleh menyimpan maklumat sehingga 1MB.

932,105 ETH – Jumlah transaksi Ether (ETH) pda rangkaian dalam tempoh 24 jam lepas (semasa artikel ini ditulis), bersamaan dengan $1.05 billion.

$705,361,265 – Volum transaksi dalam Dollar yang diproses pada rantaian blok Uniswap, 14 November 2022.


Kapsul masa kripto

**Tiada apa-apa di sini**


Trivia kripto

Apa itu Satoshi dan siapa yang menetapkan nilainya?

Satoshi ialah unit terkecil Bitcoin. 1 satoshi bersamaan dengan 0.00000001 Bitcoin. 100 juta satoshi mempunyai nilai yang sama dengan 1 Bitcoin. Satoshi, pengasas Bitcoin, dipilih sebagai nama unit bagi pecahan Bitcoin tetapi ia hanya mula digunakan pada tahun 2011, selepas kali pertama ia disebut pada satu forum awam peminat rantaian blok, lewat tahun 2010.


Berbaloi untuk ditonton

Tonton Lex Fridman bersembang mengenai Bitcoin dengan Michael Saylor, salah seorang individu yang lantang bersuara mengenai kripto dan pemegang Bitcoin terbesar di sini.

Did you find this useful?

1
0