Ringkasan Minggu Lepas: Bitcoin di antara carian pelaburan teratas dan bank mungkin akan memegang lebih banyak kripto jika undang-undang diluluskan

Bitcoin jadi istilah investasi yang paling banyak dicari di Google

Kami menampilkan sorotan-sorotan menarik dalam industri kripto yang berlaku pada minggu lepas dalam bentuk yang senang difahami.

Berita menarik

📝  Kontrak pintar pada Ethereum meningkat empat kali selepas kemaskini the Merge 

  • Jumlah kontrak pintar yang dijalankan di rangkaian Ethereum meningkat 453% selepas kemaskini the Merge, menurut laporan Perkembangan Web3 oleh Alchemy.
  • 94% daripada pembangun yang menjawab survey ini juga berkata yang mereka merasakan yang masa depan web3 adalah cerah.
  • Jumlah pembangun web3 dilihat meningkat ketika letusan kitaran 2021, walaupun terhadap cabaran ekstrem dalam industri kripto pada bulan-bulan lepas. 
  • Kemaskini the Merge merupakan satu peristiwa yang besar untuk Etherem. Oleh itu, penting untuk memahami apa yang sebenarnya berlaku dan apakah maksudnya untuk masa depan kripto kedua terbesar di dunia ini. Baca lagi DI SINI.

🟠 Bitcoin merupakan antara carian pelaburan teratas di Google pada tahun lepas

  • Pada Jun 2022, Bitcoin menjadi salah satu terma pelaburan yang paling dicari di Google.
  • The Visual Capitalist telah mencipta representasi visual data Google berkenaan di bawah: 

Sumber: Visual Capitalist 

  • Perkara ini bukanlah satu kejutan yang ramalan kadar faedah juga telah mendominasi carian terma pada sepanjang tahun lepas, terutamanya sekitar hujung tahun. 
  • Jika anda terfikir mengapa pelaburan mula bersembang mengenai peningkatan kadar faedah tersebut, artikel ini mungkin sesuai untuk anda. Kami telah menulis apa yang perlu diketahui mengenai kadar faedah dan hubungannya dengan pelaburan DI SINI.

🏦 Bank EU boleh memegang 2% aset dalam kripto pada masa depan 

  • Pengawal selia Kesatuan Eropah (EU) telah mengambil langkah pertama untuk memperkenalkan undang-undang yang memerlukan bank tradisional memegang 1 Euro untuk setiap Bitcoin atau sebarang kripto yang mereka miliki, seperti yang dilaporkan oleh Reuters.
  • Pengawal selia memanggil langkah ini sebagai “pelarangan”, dan apabila undang-undang ini diluluskan, ia akan membenarkan bank untuk memegang 2% daripada aset milik mereka dalam bentuk kripto, dan ini akan lebih memacu penerimaan terhadap matawang kripto. 
  • Undang-undang yang masih dalam proses kelulusan ini selari dengan cadangan daripada pengawal selia perbankan global. 

🤖 Ya, ada sesuatu di antara ChatGPT dan kripto 

  • Jika anda merasakan yang ChatGPT dan perisian AI lain telah ‘menembus’ semua ruang kehidupan kita seharian, majalah Time ingin mengingatkan anda yang teknologi ini memberi impak terhadap Metaverse lebih dari yang disangka.
  • Para pembina akan menggunakan teknologi AI untuk menjana visual dan reka bentuk untuk dunia customisable mereka dalam metaverse.
  • “Jadi, semua pengguna AI, tanpa memerlukan latar belakang dalam reka bentuk atau seni bina, boleh mencipta persekitaran virtual 3D: mula-mula bilik pertama, kemudian bangunan, dan kemudian, keseluruhan dunia,” kata penulisnya.

Tambah pengetahuan anda

Artikel minggu ini merupakan artikel pendek, khas untuk bacaan cepat mengenai Cardano. 📖 BACA DI SINI.


Prestasi angka kripto

38% –  Harga Bitcoin meningkat hampir sebanyak 40% pada bulan lepas.

60% – Harga telur di AS meningkat sebanyak 60% pada tahun 2022, disebabkan oleh tekanan inlasi.

2% – Jika diluluskan, undang-undang baru tersebut akan membenarkan bank di Kesatuan Eropah untuk memegang 2% aset dalam kripto pada Januari 2025.

83% – Solana menyaksikan jumlah tertinggi pembangun baru yang menyumbang terhadap ekosistemnya pada tahun 2022, dengan jumlah pembangun meningkat sebanyak 83%, paling pantas berbanding rantaian blok utama lain.

20 – Agensi penilaian Moody’s kini sedang membina sistem baru untuk menganalisis sehingga 20 stablecoins, termasuklah rizab mereka.


Kapsul masa kripto

Dagangan satu Bitcoin dengan harga $300, lapan tahun lepas.


Trivia kripto

Staking mungkin agak kompleks untuk difahami, tetapi cuba baca artikel kami di ✨SINI


Berbaloi untuk ditonton

Charles Hoskinson (🤠), pengasas Cardano berbincang mengenai gangguan rangkaian baru-baru ini dan bagaimana sistem rangkaian tersebut dicipta untuk baikpulih dengan sendiri apabila berlaku perkara sedemikian.

Did you find this useful?

2
0